Minggu, Agustus 10, 2008

Memahami 4 cara pemikiran

Bagi memahami pembahagian dominasi otak ini ke atas personaliti, Whole Brain Thinking menyusun seperti berikut.

Otak kanan atas di dalam mensintesis dan mengintegrasikan maklumat serta pemikiran yang berdasarkan gerak rasa dan intuitif dan menyeluruh dipanggil personaliti yang suka membuat Eksperimen.

Otak kanan bawah pula di dalam keutamaan akan perasaan dan interpersonal, emosi dan aspek kinestatik bagi sesuatu keadaan dipanggil personaliti Perasaan.

Otak atas kiri adalah lebih kepada logikal, analitikal, kuantitatif dan pemikiran berdasarkan fakta dipanggil personaliti Rasional.

Otak kiri bawah pula lebih fokus kepada pengkhususan dan ketelitian di dalam merancang, menyusun dan mengatur maklumat dipanggil personaliti Tersusun.

Dan disusun akan karektor bagi setiap personaliti ini:

· Personaliti Eksperimen : Imaginatif, Sintesis, Artistik dan Konseptual.

· Personaliti Perasaan : Interpersonal, Emosional, dan Muzikal

· Personaliti Rasional : Logikal, Analitikal, Kuantitatif dan Fakta.

· Personaliti Tersusun : Sequential, Berstruktur, Terperinci dan Linear.

Maka susunan karektor bagi personaliti ini jelas mempunyai persamaan iaitu :

· Personaliti Eksperimen = Level diri Spiritual

· Personaliti Perasaan = Level diri Emosional

· Personaliti Rasional = Level diri Mental

· Personaliti Tersusun = Level diri Fizikal

Maka:

Apabila keempat-empat personaliti ini mengadakan perjumpaan bagi perbincangan akan tugas bagi mengadakan jamuan, maka dapat dilihat bagaimana pemikiran yang berbeza memainkan peranan seperti yang dijangkakan.

Personaliti bersifat Perasaan akan mencadangkan sudah tiba masa mengadakan jamuan seperti mana yang biasa dilakukan tahun-tahun lepas (mementingkan adanya jamuan). Dan personaliti Rasional akan menyatakan genap 11 bulan 2 minggu dan jika jamuan diadakan dalam masa dua minggu, maka genaplah setahun (sangat mengingati masa).

Personaliti Tersusun akan mencadangkan hari Sabtu adalah hari terbaik, dengan segala persiapan boleh dilakukan jam 6 petang, dan makan malam jam 8 malam, dan jam 10 minum malam(menyusun dengan terperinci).

Dan personaliti Perasaan akan menyampuk “bagus cadangan itu sebab cukup masa untuk ahli keluarga yang lain untuk turut serta bersama-sama. Maka tidak ada yang ketinggalan” – (sangat memikirkan orang lain). Dan kemudiannya personaliti Rasional menyoal semula akan “ahli keluarga yang mana dan berapa ramai?”. Personaliti Perasaan menjawab “Saya ingin menjemput sepupu-sepupu saya yang lain juga, boleh kan?”.

Personaliti Eksperimen memberi cadangan akan aktiviti seperti badminton, juga mencadangkan menu makanan ditambah dan mengadakan makanan yang tidak mengandungi makanan laut kerana ada yang alergi akan makanan laut. Cadangan aktiviti lain juga bagi menambahkan keseronokan.

Personaliti Perasaan pastinya bersetuju berbagai aktiviti dan tambahan makanan, tetapi personaliti Tersusun mencadangkan “adalah lebih baik kita ikut sahaja sepertimana yang kita biasa buat seperti tahun lepas”.

Personaliti Rasional mencadangkan sumbangan bagi jamuan dinaikkan sebanyak 3 peratus memandangkan kos makanan yang semakin mahal, dan jumlah keseluruhan akan dibahagikan kepada 4.

Personaliti Rasional terus bertanya kepada personaliti Perasaan “sebenarnya berapa ramai sepupu-sepupu yang awak nak jemput?”

Memahami cara pemikiran adalah memudahkan komunikasi. Kita bayangkan setiap cara pemikiran disamakan dengan penggunaan bahasa yang berbeza. Apa yang berlaku adalah sama ada kita akan memilih untuk tidak bercakap langsung apabila tidak memahami akan bahasa yang digunakan oleh orang lain, atau kita cuba sedaya upaya mendengar dan bercakap walaupun bahasa yang berbeza. Maka apa yang disampaikan adalah dengan menggunakan bahasa yang difahami bersama dan ini menjadikan komunikasi menjadi terbuka.

Tidak ada komentar: